Isnin, 19 Oktober 2009

Globalisasi dan kebajikan sosial


Perkataan globalisasi dirujuk kepada fundamental, skala besar, pantas dan sangat kompleks dalam perubahan sosial. Sesetengah berpendapat globalisasi adalah proses di mana politik, sosial, ekonomi dan budaya meningkat seiring dengan pembesaran skala globalisasi. Istilah ini juga dikaitkan dengan transformasi yang hebat di dalam masyarakat ketika abad ke-19 iaitu Revolusi Industri yang mengambil tempat di Eropah. Perkembangan sIstem kapitalis selepas itu semakin merebak setelah proses penjajahan mengambil tempat.


Tidak seperti trend globalisasi yang lalu, abad ke-20 dan 21 berkaitan rapat dengan perkembangan pantas teknologi, barangan keperluan, kewangan, manusia dan idea yang memberi kesan ke seluruh dunia. Keadaan ini telah menimbulkan tandatanya kepada kewujudan sistem kerajaan di seluruh dunia dan peranan negara bangsa bagi menentukan hala tuju masing-masing. Pasaran baru, inovasi teknologi seperti internet dan telefon selular, pedagang, jaringan dan peraturan baru serta standard tertentu telah melihat perkembangan khusus masyarakat yang menginginkan kebebasan.


Globalisasi bukannya sesuatu yang abstrak dan berada dalam proses yang terpencil. Skala, kelajuan dan kekuatan jaringan globalisasi ini memberi kesan segera kepada setiap perubahan. Memandangkan ia adalah fenomena yang pelbagai, fikiran setiap pembuat keputusan tidak boleh diketepikan daripada perubahan global. Hari ini, realiti globalisasi diketahui secara meluas oleh pemikir dan aktivis sosial di seluruh dunia. Globalisasi berada di mana-


Sebahagian daripada ciri-ciri jelas globalisasi ialah masyarakat di seluruh dunia dapat berhubung antara satu sama lain tanpa melihat sesama sendiri melalui jaringan komputer. Keadaan ini menyebabkan institusi sosial menghadapi masalah untuk meningkatkan interaksi. Perkembangan seperti ini adalah impak daripada teknologi baru yang dianggap sebagai enjin baru pembangunan. Era globalisasi ini turut digelar sebagai era informasi, masyarakat berjaringan dan informasi kapitalis.


Ciri lain ialah pengeluaran produk industri diedarkan ke seluruh dunia melalui kerjasama antarabangsa. Peningkatan aktiviti ekonomi seperti ini tidak lagi mengambil kira citarasa masyarakat tempatan tetapi mengutamakan standard antarabangsa yang lebih tinggi. Dalam usaha mengekalkan persaingan antarabangsa, para pelabur ini meletakkan keutamaan kepada pengurangan kos pengeluaran, bertindak balas


Keperluan terhadap bahagian antarabangsa diwujudkan bagi menyelia dan memantau perjalanan perdagangan antarabangsa. Kebanyakan penjawat jawatan ini dibayar dengan gaji yang tinggi, kerjaya yang terjamin dan biasanya lelaki. Mereka ini diperlukan dan dijaga dengan baik kerana kemahiran tingi yang dimiliki. Masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik sangat bertuah apabila ekonomi negara China dan India berkembang pesat kerana banyak syarikat multinasional yang bertapak di Malaysia mengembangkan perniagaan di kedua-dua buah negara ini. Kemahiran yang dimiliki oleh rakyat Malaysia telah membantu syarikat-syarikat antarabangsa ini menyelami rakyat tempatan kerana pengalaman Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan budaya telah terbukti dapat dijadikan sebagai panduan untuk hidup di dalam masyarakat yang pelbagai latar belakang.


Perubahan ekonomi diiringi perubahan yang signifikan terhadap perubahan politik dan ideologi khususnya Perang Dingin di hujung era 1980-an yang menyaksikan kejatuhan Kesatuan Soviet dan Eropah Timur. Negara-negara ini mengambil sepenuhnya sistem kapitalis demokratik liberal dan pengurusan kebajikan sosial. Berakhirnya Perang Dingin turut menjadikan Amerika Syarikat sebagai negara paling berkuasa di dunia. Terdapat dua kesan yang ketara selepas Amerika Syarikat menguasai ekonomi dunia iaitu bertambahnya penggabungan ekonomi pelbagai negara ke arah sistem ekonomi tunggal yang tidak adil yang didominasi oleh negara-negara industri yang kaya raya. Dalam pada masa yang sama, proses ini turut melihat perpecahan di sesetengah negara yang menyebabkan landasan politik dan ekonomi dilaras semula sebagai tindak balas terhadap dinamika globalisasi.


Proses perubahan yang kompleks ini turut memberi kesan ke atas kerajaan yang dipilih secara demokrasi yang bertanggungjawab terhadap para penyokong mereka bagi mengawal politik, ekonomi dan pembangunan sosial dalam masyarakat. Syarikat korporat antarabangsa bebas memilih untuk membina kilang pengeluaran baru di negara-negara yang memberi pasaran buruh yang murah. Mereka mempunyai keputusan penuh sama ada hendak melabur ataupun tidak di mana-mana negara di dunia. Keputusan politik dan ekonomi adalah di antara pertimbangan yang diambil kira kerana negara-negara di dunia ketika ini lebih cenderung mengadakan blok pakatan sesama sendiri seperti Amerika, Eropah atau Asia. Negara yang berada di luar lingkungan tiga blok ini (seperti Afrika) menghadapi risiko dipinggirkan daripada pembangunan dunia. Terdapat kepercayaan yang meluas bahawa globalisasi dan regionalisasi adalah dua proses yang saling melengkapi. Kerajaan juga menghadapi kekangan daripada kesan perubahan politik antarabangsa dan pembentukan kesatuan negara-negara yang dilihat semakin berkuasa dan berpengaruh. Pada masa yang sama terdapat perkembangan pergerakan sosial yang semakin besar di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa yang menentang kesan-kesan negatif globalisasi dan gerakan seperti ini sangat mempengaruhi agenda global dunia masa kini.


Perubahan-perubahan yang berlaku di peringkat global memberi kesan mendalam terhadap keadaan sosial dan budaya. Memandangkan komunikasi merentas sempadan dan semakin meningkat dengan perkembangan media, migrasi dan budaya, pertukaran intelektual dan budaya, lebih ramai terdedah kepada idea-idea baru, nilai, norma, bahasa dan agama. Situasi ini menjadikan kefahaman terhadap perbezaan budaya dapat meningkatkan toleransi dan harmoni di kalangan masyarakat dunia. Bagaimanapun, perubahan yang dihasilkan oleh globalisasi memberi ancaman ke atas kewujudan budaya sedia ada yang dimanifestasikan dengan munculnya perselisihan antara kaum, fundamentalis agama, diskriminasi, tekanan, pilih kasih dan prejudis.


Dimensi lain ialah terbentuknya budaya baru di kalangan pengguna. Pengaruh Barat sangat jelas di dalam kehidupan seharian masyarakat yang mesra Barat khususnya pakaian dan makanan. Jenama antarabangsa bukan sekadar memberi kepuasan malah membawa sekali imej dan nilai Barat yang dianggap lebih baik, berkualiti dan berstatus tinggi.


Pengantarabangsaan budaya, keserantauan dan tuntutan terhadap hak untuk mengamalkan budaya telah meningkat melalui perkembangan penerbitan di seluruh dunia. Peluasan perdagangan antarabangsa dalam industri kebudayaan dapat dilihat dengan jelas melalui liberalisasi perdagangan yang ditekankan oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Memandangkan pasaran akan menjadi lebih bersepadu, pengguna membeli barangan daripada pelbagai negara di dunia di kedai dan pasar raya tempatan. Peniaga tempatan mula terasa bahang persaingan kemasukan barangan luar ini di dalam komuniti tempatan dan memungkinkan terdapatnya risiko dan peluang baru bagi meningkatkan parasan eksport.


Ketika globalisasi dibincangkan dengan hebat bersama dengan perkembangan ekonomi, politik dan budaya, makna globalisasi bagi perkembangan sosial dan implikasinya ke atas sosial masyarakat tidak dapat difahami sepenuhnya khususnya kebajikan sosial dan buruh. Kepentingan hubungan kemanusiaan, jaringan kerjasama sosial, kepercayaan dan rasa kekitaan yang menjadi sebahagian daripada lambang masyarakat semakin tergugat. Kebajikan sosial yang melibatkan sokongan sistem sokongan sosial dan emosi serta jaringan kerjasama dalam komuniti seperti perlindungan untuk kanak-kanak dan warga tua, pesakit dan orang kurang upaya. Penyertaan wanita ke dalam sektor industri turut meningkat selepas Perang Dunia Kedua memberi kesan ke atas struktur ekonomi dan keluarga.


Perubahan-perubahan ini memberi cabaran besar ke atas pembuat polisi negara. Cabaran seterusnya ialah menggalakkan kesaksamaan gender dan pembahagian beban dan kos bagi menguruskan sokongan sosial dan kebajikan sosial dalam masyarakat. Teknologi komunikasi mempunyai potensi untuk menguatkan jaringan sosial masyarakat melalui perhubungan sesama manusia dari seluruh dunia dan meningkatkan sistem penyampaian sosial masyarakat. Walau bagaimanapun saintis sosial berhujah bahawa disebabkan pasaran perdagangan dan hubungan sesama manusia lebih bersifat peribadi dan jauh, kebanyakan orang tidak lagi mempunyai ikatan yang kukuh dengan masyarakat tempatan.


Oleh yang demikian, khidmat masyarakat dan kesukarelaan mencuba untuk mencari kaedah baru bagi mempromosi kebajikan sosial di semua peringkat. Khidmat masyarakat semakin bertambah penting dan disifatkan sebagai institusi sosial yang signifikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan