Isnin, 19 Oktober 2009
Perkataan globalisasi dirujuk kepada fundamental, skala besar, pantas dan sangat kompleks dalam perubahan sosial. Sesetengah berpendapat globalisasi adalah proses di mana politik, sosial, ekonomi dan budaya meningkat seiring dengan pembesaran skala globalisasi. Istilah ini juga dikaitkan dengan transformasi yang hebat di dalam masyarakat ketika abad ke-19 iaitu Revolusi Industri yang mengambil tempat di Eropah. Perkembangan sIstem kapitalis selepas itu semakin merebak setelah proses penjajahan mengambil tempat.
Tidak seperti trend globalisasi yang lalu, abad ke-20 dan 21 berkaitan rapat dengan perkembangan pantas teknologi, barangan keperluan, kewangan, manusia dan idea yang memberi kesan ke seluruh dunia. Keadaan ini telah menimbulkan tandatanya kepada kewujudan sistem kerajaan di seluruh dunia dan peranan negara bangsa bagi menentukan hala tuju masing-masing. Pasaran baru, inovasi teknologi seperti internet dan telefon selular, pedagang, jaringan dan peraturan baru serta standard tertentu telah melihat perkembangan khusus masyarakat yang menginginkan kebebasan.
Globalisasi bukannya sesuatu yang abstrak dan berada dalam proses yang terpencil. Skala, kelajuan dan kekuatan jaringan globalisasi ini memberi kesan segera kepada setiap perubahan. Memandangkan ia adalah fenomena yang pelbagai, fikiran setiap pembuat keputusan tidak boleh diketepikan daripada perubahan global. Hari ini, realiti globalisasi diketahui secara meluas oleh pemikir dan aktivis sosial di seluruh dunia. Globalisasi berada di mana-
Sebahagian daripada ciri-ciri jelas globalisasi ialah masyarakat di seluruh dunia dapat berhubung antara satu sama lain tanpa melihat sesama sendiri melalui jaringan komputer. Keadaan ini menyebabkan institusi sosial menghadapi masalah untuk meningkatkan interaksi. Perkembangan seperti ini adalah impak daripada teknologi baru yang dianggap sebagai enjin baru pembangunan. Era globalisasi ini turut digelar sebagai era informasi, masyarakat berjaringan dan informasi kapitalis.
Ciri lain ialah pengeluaran produk industri diedarkan ke seluruh dunia melalui kerjasama antarabangsa. Peningkatan aktiviti ekonomi seperti ini tidak lagi mengambil kira citarasa masyarakat tempatan tetapi mengutamakan standard antarabangsa yang lebih tinggi. Dalam usaha mengekalkan persaingan antarabangsa, para pelabur ini meletakkan keutamaan kepada pengurangan kos pengeluaran, bertindak balas
Keperluan terhadap bahagian antarabangsa diwujudkan bagi menyelia dan memantau perjalanan perdagangan antarabangsa. Kebanyakan penjawat jawatan ini dibayar dengan gaji yang tinggi, kerjaya yang terjamin dan biasanya lelaki. Mereka ini diperlukan dan dijaga dengan baik kerana kemahiran tingi yang dimiliki. Masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik sangat bertuah apabila ekonomi negara China dan India berkembang pesat kerana banyak syarikat multinasional yang bertapak di Malaysia mengembangkan perniagaan di kedua-dua buah negara ini. Kemahiran yang dimiliki oleh rakyat Malaysia telah membantu syarikat-syarikat antarabangsa ini menyelami rakyat tempatan kerana pengalaman Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan budaya telah terbukti dapat dijadikan sebagai panduan untuk hidup di dalam masyarakat yang pelbagai latar belakang.
Perubahan ekonomi diiringi perubahan yang signifikan terhadap perubahan politik dan ideologi khususnya Perang Dingin di hujung era 1980-an yang menyaksikan kejatuhan Kesatuan Soviet dan Eropah Timur. Negara-negara ini mengambil sepenuhnya sistem kapitalis demokratik liberal dan pengurusan kebajikan sosial. Berakhirnya Perang Dingin turut menjadikan Amerika Syarikat sebagai negara paling berkuasa di dunia. Terdapat dua kesan yang ketara selepas Amerika Syarikat menguasai ekonomi dunia iaitu bertambahnya penggabungan ekonomi pelbagai negara ke arah sistem ekonomi tunggal yang tidak adil yang didominasi oleh negara-negara industri yang kaya raya. Dalam pada masa yang sama, proses ini turut melihat perpecahan di sesetengah negara yang menyebabkan landasan politik dan ekonomi dilaras semula sebagai tindak balas terhadap dinamika globalisasi.
Proses perubahan yang kompleks ini turut memberi kesan ke atas kerajaan yang dipilih secara demokrasi yang bertanggungjawab terhadap para penyokong mereka bagi mengawal politik, ekonomi dan pembangunan sosial dalam masyarakat. Syarikat korporat antarabangsa bebas memilih untuk membina kilang pengeluaran baru di negara-negara yang memberi pasaran buruh yang murah. Mereka mempunyai keputusan penuh sama ada hendak melabur ataupun tidak di mana-mana negara di dunia. Keputusan politik dan ekonomi adalah di antara pertimbangan yang diambil kira kerana negara-negara di dunia ketika ini lebih cenderung mengadakan blok pakatan sesama sendiri seperti Amerika, Eropah atau Asia. Negara yang berada di luar lingkungan tiga blok ini (seperti Afrika) menghadapi risiko dipinggirkan daripada pembangunan dunia. Terdapat kepercayaan yang meluas bahawa globalisasi dan regionalisasi adalah dua proses yang saling melengkapi. Kerajaan juga menghadapi kekangan daripada kesan perubahan politik antarabangsa dan pembentukan kesatuan negara-negara yang dilihat semakin berkuasa dan berpengaruh. Pada masa yang sama terdapat perkembangan pergerakan sosial yang semakin besar di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa yang menentang kesan-kesan negatif globalisasi dan gerakan seperti ini sangat mempengaruhi agenda global dunia masa kini.
Perubahan-perubahan yang berlaku di peringkat global memberi kesan mendalam terhadap keadaan sosial dan budaya. Memandangkan komunikasi merentas sempadan dan semakin meningkat dengan perkembangan media, migrasi dan budaya, pertukaran intelektual dan budaya, lebih ramai terdedah kepada idea-idea baru, nilai, norma, bahasa dan agama. Situasi ini menjadikan kefahaman terhadap perbezaan budaya dapat meningkatkan toleransi dan harmoni di kalangan masyarakat dunia. Bagaimanapun, perubahan yang dihasilkan oleh globalisasi memberi ancaman ke atas kewujudan budaya sedia ada yang dimanifestasikan dengan munculnya perselisihan antara kaum, fundamentalis agama, diskriminasi, tekanan, pilih kasih dan prejudis.
Dimensi lain ialah terbentuknya budaya baru di kalangan pengguna. Pengaruh Barat sangat jelas di dalam kehidupan seharian masyarakat yang mesra Barat khususnya pakaian dan makanan. Jenama antarabangsa bukan sekadar memberi kepuasan malah membawa sekali imej dan nilai Barat yang dianggap lebih baik, berkualiti dan berstatus tinggi.
Pengantarabangsaan budaya, keserantauan dan tuntutan terhadap hak untuk mengamalkan budaya telah meningkat melalui perkembangan penerbitan di seluruh dunia. Peluasan perdagangan antarabangsa dalam industri kebudayaan dapat dilihat dengan jelas melalui liberalisasi perdagangan yang ditekankan oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO). Memandangkan pasaran akan menjadi lebih bersepadu, pengguna membeli barangan daripada pelbagai negara di dunia di kedai dan pasar raya tempatan. Peniaga tempatan mula terasa bahang persaingan kemasukan barangan luar ini di dalam komuniti tempatan dan memungkinkan terdapatnya risiko dan peluang baru bagi meningkatkan parasan eksport.
Ketika globalisasi dibincangkan dengan hebat bersama dengan perkembangan ekonomi, politik dan budaya, makna globalisasi bagi perkembangan sosial dan implikasinya ke atas sosial masyarakat tidak dapat difahami sepenuhnya khususnya kebajikan sosial dan buruh. Kepentingan hubungan kemanusiaan, jaringan kerjasama sosial, kepercayaan dan rasa kekitaan yang menjadi sebahagian daripada lambang masyarakat semakin tergugat. Kebajikan sosial yang melibatkan sokongan sistem sokongan sosial dan emosi serta jaringan kerjasama dalam komuniti seperti perlindungan untuk kanak-kanak dan warga tua, pesakit dan orang kurang upaya. Penyertaan wanita ke dalam sektor industri turut meningkat selepas Perang Dunia Kedua memberi kesan ke atas struktur ekonomi dan keluarga.
Perubahan-perubahan ini memberi cabaran besar ke atas pembuat polisi negara. Cabaran seterusnya ialah menggalakkan kesaksamaan gender dan pembahagian beban dan kos bagi menguruskan sokongan sosial dan kebajikan sosial dalam masyarakat. Teknologi komunikasi mempunyai potensi untuk menguatkan jaringan sosial masyarakat melalui perhubungan sesama manusia dari seluruh dunia dan meningkatkan sistem penyampaian sosial masyarakat. Walau bagaimanapun saintis sosial berhujah bahawa disebabkan pasaran perdagangan dan hubungan sesama manusia lebih bersifat peribadi dan jauh, kebanyakan orang tidak lagi mempunyai ikatan yang kukuh dengan masyarakat tempatan.
Oleh yang demikian, khidmat masyarakat dan kesukarelaan mencuba untuk mencari kaedah baru bagi mempromosi kebajikan sosial di semua peringkat. Khidmat masyarakat semakin bertambah penting dan disifatkan sebagai institusi sosial yang signifikan.
Selasa, 13 Oktober 2009
MASALAH DALAM PENDIDIKAN DAN KERJA SOSIAL DI SEKOLAH
Hairul Aishah Bt Che Mid 142250
Noraini Bt Baharudin 142378
Saleha Bt Muhamad Idham 142639
Nur Zawani Bt Mohd Nawi 142732
PENGENALAN KERJA SOSIAL DI SEKOLAH
Kerja Sosial :
Kerja sosial adalah suatu profesyen yang memupuk perubahan sosial, menyelesaikan pelbagai masalah dalam perhubungan antara individu atau manusia dan seterusnya memperkasakan serta membebaskan manusia ke arah kesejahteraan hidup.
Di Malaysia amalan kerja sosial umumnya lebih dikaitkan dengan pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM juga merupakan agensi terbesar kerja sosial yang menggunakan tidak kurang daripada 3,000 orang pekerja ketika ini. Hanya satu pertiga daripada tenaga kerja tersebut terlibat secara langsung dengan kerja-kerja kes sosial. Sebahagian lainnya adalah pekerja sokongan dan bukan bertaraf taknikal dan professional.
KERJA SOSIAL DI SEKOLAH DARI ASPEK SEJARAH
Bermula dengan usaha organisasi sukarela iaitu pada tahun 1906 di New York.
Dua buah rumah :
# penempatan("settlement house"),
# Hartley house dan Greenwich house
Mary Marot, seorang guru dan penghuni rumah tersebut, membentuk komiti guru pelawat di peringkat rumah penempatan. Dalam masa yang sama persatuan pendidikan wanita memperkenalkan konsep 'home and school visitor' untuk memperbaiki komunikasi antara sekolah dan rumah. Di Connecticut pengarah Klinik Psikologi Hartford telah melantik 'special teacher' untuk membantu dalam lawatan ke rumah dan bertindak sebagai penghubung antara klinik dan sekolah.
Skidmore (1994), mengulas bahawa kerja sosial di sekolah bermula sejak 1906 bila Boston, Hartford dan New York States memasukkan proses pertolongan kerja sosial sekolah dalam sistem pentadbiran daerah mereka. Sehingga hari ini, banyak sekolah mempunyai pekerja sosialnya sendiri yang bersedia berkhidmat menangani permasalahan yang timbul di kalangan pelajarnya.
Objektif Pekerja Sosial Sekolah = Objektif Kerja Sosial
Objektif kerja sosial yang telah digariskan oleh Persatuan Pekerja Sosial Amerika menjelaskan bahawa tujuan kerja sosial ialah untuk memperbaiki atau mengembalikan kefungsian sosial individu dan masyarakat ke arah meningkatkan kesejahteraan sosial serta kualiti hidup. Klien kepada pekerja sosial boleh terdiri dari individu, keluarga, komuniti dan juga organisasi (Johnson, 1992).
Intervensi Kerja Sosial
1) Meningkatkan atau memperkembangkan kemampuan penyelesaian masalah dan kemampuan individu menangani atau menghadapi masalah,
2) Menghubungkan orang ramai dengan sistem yang menyediakan sumber perkhidmatan dan peluang-peluang sosial,
3) Meningkatkan keberkesanan operasi sesuatu sistem dalam memberi perkhidmatan,
4) Membentuk atau memperbaiki polisi sosial.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan penyelesaian masalah boleh dikaitkan dengan praktis di peringkat individu di mana pekerja sosial bekerja dengan pelajar, ibubapa dan guru untuk menyelesaikan satu-satu masalah sosial yang wujud.
2. Menghubungkan dengan sumber boleh dicapai dengan pekerja sosial menghubungkan masalah yang dihadapi dengan sumber-sumber penyelesaian masalah yang wujud dalam sistem sekolah dan juga di luar sistem.
3. Meningkatkan keberkesanan sesuatu sistem di mana ianya boleh dicapai dengan bekerja di dalam sistem yang sedia ada di sekolah seperti Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Pentadbiran sekolah serta Persatuan Ibubapa dan Guru.
4. Membangun dan memperbaiki polisi sosial boleh dilakukan oleh pekerja sosial di sekolah selepas melakukan penyelidikan secara langsung atau tidak langsung sepanjang penglibatan di sekolah.
Fungsi Pekerja Sosial Dalam 3 Bahagian
1. Perundingan (consultancy)
2. Pengurusan Sumber (Resource Management)
3. Pendidikan (education)
Contoh Dalam Bahagian Perundingan
Enabler
= meningkatkan keupayaan individu atau kumpulan pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui kerja kes atau intervensi kerja sosial.
Planner
= iaitu dengan mengkoordinasi pembangunan program dan polisi sosial yang berkaitan dengan pembangunan sekolah dan pelajar melalui penyelidikan dan perancangan.
Facilitator
= iaitu dengan menjadi penunjuk cara kepada sesebuah organisasi seperti Persatuan Ibu bapa dan Guru untuk bergerak dengan lebih berkesan serta berkembang dengan lebih cepat dan positif.
Contoh Dalam Bahagian Pengurusan Sumber
Broker atau Advocater
= iaitu menjadi perantara antara pelajar atau ibu bapa dengan sumber yang berkaitan di dalam atau di luar sistem sekolah.
Convener atau Mediator
= iaitu dengan menghubungkan kumpulan atau organisasi dalam sekolah dengan jaringan pembangunan sumber di luar sistem sekolah
Contoh Dalam Bahagian Pendidikan
Trainer
= dengan penuju cara atau mengajar melalui pembangunan kakitangan.
0utreach worker
= dengan menyampaikan maklumat kepada masyarakat atau ibubapa mengenai sesuatu isu sosial.
Masalah Dalam Pendidikan
1.Masalah menyediakan peluang pendidikan kepada orang miskin dan kumpulan minoriti.
2.Banyak kekeliruan berlaku disebabkan matlamat sebenar pendidikan.
3.Masalah persekitaran tempat yang kurang memuaskan di sesetengah sekolah.
Masalah menyediakan peluang pendidikan kepada orang miskin dan kumpulan minoriti.
Peruntukan kewangan adalah sedikit kepada sekolah di daerah yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah serta sekolah di daerah yang mempunyai golongan minoriti yang ramai. Dalam masyarakat kita, pencapaian akademik adalah berkait rapat dengan status sosioekonomi seseorang.
Banyak kekeliruan berlaku disebabkan matlamat sebenar pendidikan.
Terdapat satu macam persetujuan di mana sekolah sepatutnya mengajar kemahiran asas dalam membaca, menulis dan aritmetik. Walau bagaimanapun, terdapat kontroversi dalam kalangan kumpulan yang mempunyai kepentingan yang berbeza berkenaan pendidikan yang sepatutnya diusahakan dan dicapai.
Masalah persekitaran tempat kerja yang kurang memuaskan di sesetengah sekolah.
Ia merangkumi bayaran gaji yang rendah dan martabat rendah, penyalahgunaan dadah dan alkohol dalam kalangan pelajar, ancaman fizikal dan ugutan daripada sesetengah pelajar, bekalan pengajaran yang kurang, dan perbandingan bilangan di antara pelajar dan guru yang amat ketara.
Rumusan
Pekerja sosial di sekolah adalah membantu pihak sekolah dalam mengatasi masalah sosial yang boleh mengganggu proses pembelajaran. Satu kerjasama jitu antara institusi yang memainkan peranan dalam menangani masalah sosial pelajar perlu diwujudkan. Secara keseluruhannya, jelas kepada kita bahawa penempatan pekerja sosial di sekolah sepenuh masa amat diperlukan untuk menolong menyelesaikan masalah yang wujud.