Sabtu, 8 Ogos 2009

Kebajikan Sosial dalam konteks 1Malaysia

1Malaysia adalah satu gagasan yang dibentuk untuk meneruskan kesinambungan perpaduan nasional yang dipupuk sejak dari kepimpinan Perdana Menteri pertama lagi. 1Malaysia bukan satu medium yang baru untuk dijadikan pedoman kepada rakyat jelata tetapi 1Malaysia adalah aras penunjuk kepada aspirasi negara dalam mencapai matlamat terakhirnya iaitu perpaduan nasional.

Komponen utama dasar sosial di Malaysia adalah mengenai Kebajikan Sosial dan ia tergambar dalam segenap aspek kehidupan masyarakat pramoden, tradisional mahupun masyarakat maju kontemporari. Ini menunjukkan bahawa konsep 1malaysia tidak meminggirkan sesiapa sahaja. Perkembangan institusi dan sistem kebajikan sosial di kebanyakkan negara khususnya negara kebajikan menunujukkan bahawa Kebajikan sosial bukan sahaja berkaitan dengan tema Kebajikan sosial iaitu kesejahteraan hidup anggota masyarakat iaitu masyarakat dikatakan sejahtera seandainya mereka (masyarakat) memiliki keperluan yang diperlukan atau pelbagai jenis perkhidmatan sosial yang disediakan bagi memenuhi keperluan manusia dan masalah sosial yang dialami oleh masyarakat tetapi juga bantuan kewangan dan aktiviti lain yang bermotifkan kepada kemasyarakatan.

Fungsi kebajikan sosial juga bukan hanya setakat membantu melindungi anggota masyarakat tertentu tetapi ia melangkau kepada fungsi memenuhi keperluan manusia. Kepelbagaian program, perkhidmatan, dasar, peraturan dan undang-undang kebajikan sosial menunjukkan bahawa kebajikan sosial juga dibina untuk mencelah (intervene) dan mencegah (prevent) masalah-masalah sosial yang wujud, mentadbir urus sumber-sumber sosial yang dimiliki, mengekal dan memelihara status quo (maintenance of statusa quo) kumpulan sosial tertentu, memulih anggota masyarakat tertentu (rehabilitation), menyatupadukan masyarakat, memajukan ekonomi negara dan lain-lain.

Contoh kebajikan sosial dalam konteks Malaysia ialah dalam usaha untuk mempromosi gagasan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, lapan tokoh tempatan bergabung menubuhkan Yayasan 1Malaysia 1Malaysia yang dilancarkan secara rasmi. Yayasan yang tidak berasaskan keuntungan itu ditubuhkan bagi menyokong inisiatif kerajaan dan swasta dalam membangun dan mempromosi program yang menyokong perpaduan nasional.Y1M merancang untuk memperluas dan mengukuhkan komitmen semua rakyat Malaysia ke arah perpaduan nasional menerusi pelbagai kegiatan meningkatkan kesedaran dan pembangunan komuniti, konsep 1Malaysia tidak hanya bersandarkan kepada tiga teras utama tetapi turut menerapkan nilai-nilai aspirasi lain yang penting untuk membawa negara ke tahap yang lebih tinggi dalam usaha membentuk Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, negara dunia pertama dan negara berprestasi tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan